Dante the devil hunter
Kakak Semprot
- Daftar
- 23 Feb 2013
- Post
- 171
- Like diterima
- 2
Di sini ada beberapa pendapat
berkenaan asal usul Dajjal dan
hanya Allah Yang Maha
Mengetahui segala sesuatu. Kita
hanya mampu berikhtiar untuk
mempelajari dan mendalami segala
ilmu yang baik di dunia ini. Ada
orang mengatakan tidak ada
gunanya kita cuba untuk
mengetahui perihal Dajjal ini,
tetapi mereka tidak sedar betapa
nabi telah bersabda yang
mafhumnya , Sejak terciptanya
manusia hingga datangnya Hari
Kiamat, tak ada fitnah lebih besar
daripada fitnahnya Dajjal (Misykat,
hal. 472). HR Muslim . Bermakna
ianya adalah suatu perkara
TERBESAR yang sepatutnya diambil
berat dan diperhatikan oleh semua
pihak, terutama umat Islam.
Semoga kita sentiasa berhati-hati
dengan fitnah Dajjal kerana ianya
mungkin sudah lama bermula dan
semakin parah.
Asal-Usul Keluarganya
Dajjal adalah seorang manusia dari
keturunan Yahudi. Dia bukan Jin
atau apa jua makhluk lain selain ia
sebagai manusia yg ditangguhkan
ajalnya Minal Munzharin seperti
halnya Nabi Isa as yg di angkat
oleh Allah swt ke atas langit dan
ditangguhkan kematiannya
sehingga beliau nantinya turun
semula ke atas muka bumi ini lalu
beliau akan mati dan di kuburkan
di Madinah AlMunawwarah. Sama
juga halnya dgn Nabi Khidhir, para
malaikat dan Iblis yg di
tangguhkan kematian sehingga
kiamat nanti.
Ayahnya seorang yg tinggi dan
gemuk. Hidungnya seperti Paruh
burung (kebiasaannya orang
Yahudi memang berhidung
sebegini). Sedangkan Ibunya pula
seorang perempuan gemuk dan
banyak dagingnya. Menurut Imam
Al Barzanji ada pendapat
mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialah seorang
Dukun Yahudi yg di kenali dgn
syaqq manakala ibunya adalah
dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman
Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai
hubungan dengan makhluk halus.
Lalu oleh Nabi Sulaiman ia
akhirnya ditangkap dan
dimasukkan ke dalam penjara.
Walau bagaimanapun kelahiran
dan kehidupan masa kecil tidak
diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Dajjal ialah orang yang buta
sebelah matanya iaitu sebelah kiri,
lebat (panjang) rambutnya serta
dia mempunyai Syurga dan Neraka.
Nerakanya itu merupakan Syurga
dan Syurganya pula ialah Neraka
(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal
yg disebutkan dalam Hadis
Rasulullah S.a.w, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih
muda, berbadan besar dan agak
kemerah-merahan, rambutnya
kerinting dan tebal. Kelihatan dari
belakang seolah-olah dahan kayu
yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara
sekali ada dua;
Pertama: Buta mata kirinya dan
kelihatan seperti buah kismis yg
kecut, manakala mata kanannya
tertonjol keluar kehijau-hijauan
berkelip-kelip laksana bintang. Jadi
kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan
Kafir (Kaf-Fa-Ra). Tulisan ini
dapat dibaca oleh setiap org Islam,
sama ada ia pandai membaca atau
tidak. Mengikut hadis riwayat At-
Thabrani, kedua-dua tanda ini
menjelma dalam diri Dajjal setelah
ia mengaku sebagai Tuhan.
Adapun sebelum itu, kedua-dua
tanda yang terakhir ini belum ada
pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg
disebutkan dalam kitab Shahih
Muslim, bahawa Dajjal itu sudah
wujud sejak beberapa lama. Ia
dirantai di sebuah pulau dan
ditunggu oleh seekor binatang yg
bernama Al-Jassasah. Terdapat
hadis panjang mengenainya.
Daripada Hadis ini jelaslah bagi
kita bahawa Dajjal itu telah ada
dan ia menunggu masa yg
diizinkan oleh Allah swt utk keluar
menjelajah permukaan bumi ini
dan tempat transitnya itu ialah
di sebelah Timur bukan di Barat.
Ada pendapat mengatakan
sekarang Dajjal tinggal di kerajaan
iblis dan jin di Segitiga Bermuda
dan selalu keluar dengan menaiki
kenderaan piring terbang yang
dikenali umum sebagai UFO dan
sentiasa berurusan dengan
pemimpin-pemimpin besar dunia.
Akhir-akhir ini, pernah juga
kelihatan piring-piring terbang UFO
ini muncul di bandar Vatican
(pusat Katolik dunia), Rome, Italy.
Berapa lama ia akan hidup setelah
kemunculannya
Dajjal akan hidup setelah ia
memulakan cabarannya kepada
umat ini, selama empat puluh hari
sahaja. Namun begitu, hari
pertamanya adalah sama dgn
setahun dan hari kedua sama
dengan sebulan dan ketiga sama
dengan satu minggu dan hari-hari
baki lagi sama seperti hari-hari
biasa. Jadi keseluruhan masa
Dajjal membuat fitnah dan
kerosakan itu ialah 14 bulan dan
14 hari. Dalam Hadis riwayat
Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: Wahai Rasulullah!
Berapa lamakah ia akan tinggal di
muka bumi ini? Nabi saw,
menjawab: Ia akan tinggal selama
empat puluh hari. Hari yg pertama
seperti setahun dan hari
berikutnya seperti sebulan dan
hari ketiga seperti seminggu.
Kemudian hari yg masih tinggal
lagi (iaitu 37 hari) adalah sama
seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai
Rasulullah saw! Di hari yg panjang
seperti setahun itu, apakah cukup
bagi kami hanya sembahyang
sehari sahaja (iaitu 5 waktu
sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak
cukup. Kamu mesti mengira hari
itu dgn menentukan kadar yg
bersesuaian bagi setiap
sembahyang..
Maksud sabda Rasulullah S.a. w,
ini ialah supaya kita mengira jam
yg berlalu pada hari itu. Bukan
mengikut perjalanan matahari
seperti biasanya kita lakukan.
Misalnya sudah berlalu tujuh jam
selepas sembahyang Subuh pada
hari itu maka masuklah waktu
sembahyang Zohor, maka
hendaklah kita sembahyang Zohor,
dan apabila ia telah berlalu
selepas sembahyang Zohor itu tiga
jam setengah misalnya, maka
masuklah waktu Asar, maka wajib
kita sembahyang Asar. Begitulah
seterusnya waktu Sembahyang
Maghrib, Isyak dan Subuh
seterusnya hingga habis hari yg
panjang itu sama panjangnya dgn
masa satu tahun dan bilangan
sembahyang pun pada sehari itu
sebanyak bilangan sembahyang
setahun yg kita lakukan. Begitu
juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh
Allah swt utk menguji umat ini.
Oleh kerana itu, Allah memberikan
kepadanya beberapa kemampuan
yg luar biasa. Di antara
kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan
ada bersama dengannya. Benda-
benda beku akan mematuhinya
Sebelum kedatangan Dajjal, dunia
Islam akan diuji dahulu oleh Allah
dgn kemarau panjang selama 3
tahun berturut-turut. Pada tahun
pertama hujan akan kurang
sepertiga dari biasa dan pada
tahun kedua akan kurang 2/3 dari
biasa dan tahun ketiga hujan tidak
akan turun langsung. Umat akan
dilanda kebuluran dan kekeringan.
Di saat itu Dajjal akan muncul
membawa ujian. Maka daerah
mana yg percaya Dajjal itu Tuhan,
ia akan berkata pada awan:
Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu
hujan pun turunlah dan bumi
menjadi subur. Begitu juga
ekonomi, perdagangan akan
menjadi makmur dan stabil pada
org yg bersekutu dgn Dajjal.
Manakala penduduk yg tidak mahu
bersukutu dgn Dajjal, mereka akan
tetap berada dlm kebuluran dan
kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong
Dajjal akan memiliki segunung roti
(makanan) sedangkan org yg tidak
percaya dengannya berada dalam
kelaparan dan kebuluran. Dalam
hal ini, para sahabat Rasullullah
s.a.w. bertanya:Jadi apa yg
dimakan oleh org Islam yg beriman
pada hari itu wahai Rasulullah?
Nabi menjawab: Mereka akan
merasa kenyang dengan bertahlil,
bertakbir, bertasbih dan bertaubat.
Jadi zikir-zikir itu yang akan
menggantikan makanan. HR Ibnu
Majjah
2. Ada bersamanya seumpamanya
Syurga dan Neraka Di antara
ujian Dajjal ialah kelihatan
bersama dengannya seumpama
syurga dan neraka dan juga sungai
air dan sungai api. Dajjal akan
menggunakan kedua-duanya ini
untuk menguji iman org Islam
kerana hakikat yg benar adalah
sebalik dari apa yg kelihatan. Apa
yg dikatakan Syurga itu sebenarnya
Neraka dan apa yg dikatakannya
Neraka itu adalah Syurga.
Secara analoginya kita lihat
sekarang, syurga dunia seperti
maksiat dan hiburan tanpa batasan
adalah ibarat syurga. Dan mereka
yang terpengaruh dengannya akan
berseronok dan puas dengan
hiburan-hiburan tersebut seperti
hidup di dalam syurga. Juga
keluarnya bermacam alat alat
canggih seperti komputer,
handphone, mp3 player, video
player dan camam2 lagi.
Menunjukkan semua ini ibarat
syurga dunia, yang sebenarnya
adalah jalan ke neraka jika kita
terlampau leka dan terpesona
dengannya.
Dan kehidupan yang tidak
bermewah, tidak berhibur dan
berseronok adalah ibarat berada
dalam neraka dunia sekarang.
Sehinggakan mereka yang sudah
biasa berseronok akan merasa
boring dan tidak puas hati jika
tidak dapat berhibur, berseronok
dan menikmati kemewahan
duniawi. Sedangkan kehidupan
yang seperti neraka dunia itu lah
yang boleh membuka jalan ke
syurga iaitu kehidupan yang serba
sederhana, qanaah dan zuhud
dengan dunia.
3. Kepantasan perjalanan dan
Negeri-Negeri yang tidak dapat
dimasukinya Kepantasan yg
dimaksudkan ini tidak ada pada
kenderaan orang dahulu. Kalau
hari ini maka bolehlah kita
mengatakan kepantasan itu seperti
kepantasan jet-jet tempur yg
digunakan oleh tentera udara atau
lebih pantas lagi daripada
kenderaan tersebut sehinggakan
beribu-ribu kilometer dapat
ditempuh dalam satu jam Kami
bertanya: Wahai Rasulullah!
Bagaimana kepantasan
perjalanannya di atas muka bumi
ini? Nabi menjawab: Kepantasan
perjalanannya adalah seperti
kepantasan Al Ghaist (hujan atau
awan) yang dipukul oleh angin
yang kencang. HR Muslim
Dan ada lagi kenderaan yang lebih
pantas dari jet, yang dapat
bergerak sepantas cahaya iaitu
piring terbang. Mengikut gambar-
gambar yang dapat dirakam oleh
NASA dan bukti-bukti dari banyak
pihak, memang mereka dapat
bergerak selaju cahaya dan
menghilang dengan sekelip mata.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak
dapat memasuki dua Bandar suci
umat Islam iaitu Makkah Al
Mukarramah dan Madinah Al
Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk
memperkukuhkan kedudukannya
Syaitan juga akan bertungkus-
lumus membantu Dajjal. Bagi
syaitan, inilah masa yg terbaik utk
menyesatkan lebih ramai lagi anak
cucu Adam a.s.
Syaitan-syaitan dari jin dan juga
manusia akan berusaha
membantunya, kerana mereka
ingin mewujudkan satu
pemerintahan di muka bumi ini.
Iaitu pemerintahan sebuah
kerajaan yang akan diperintah oleh
Lucifer (IBLIS). Dan gerakan yang
mewakili syaitan-syaitan dari
kalangan manusia ini dikenali
sebagai gerakan Illuminati yang
pecahan-pecahannya terdiri dari
banyak kumpulan seperti Skull and
Bones, Freemasons, Bohemian
Grove, The Bilderberg Group, The
Trilateral Commission, The Council
on Foreign Relations dan beberapa
lagi pertubuhan-pertubuhan
rahsia.
Dajjal Akan Muncul dari Khurasan,
Iran
Di akhir zaman Dajjal akan muncul
dari Khurasan di Iran (tempat asal
Dajjal). Ketika baru keluar/terlepas
dari belenggunya tinggi Dajjal
hanyalah sepuluh dzira. Pada
mulanya tingkah laku Dajjal
layaknya tingkah laku orang-orang
saleh, iaitu menyeru kepada
kebajikan, hingga kerana itu
banyak orang yang terkagum-kagum
kepada akhlaknya.
Tapi lama kelamaan Dajjal pun
mengaku sebagai Nabi. Maka
mendengar pengakuan itu orang-
orang yang beriman kepada Allah
pun berpaling darinya, sebab kaum
yg beriman mengetahui benar
bahawa sesudah Nabi Muhammad
saw tak akan pernah lagi Allah
mengutus seorang nabi baru.
Akhirnya, ketika perjalanan Dajjal
sampai ke Khillah, iaitu sebuah
jalan yg terletak antara Iraq dan
Syam, dia pun menggembar-
gemburkan kiri kanan menyatakan
bahawa dirinya adalah tuhan yang
dapat menghidupkan dan
mematikan, ditambah lagi dengan
menunjukkan kemampuannya
mengadakan kejadian-kejadian
yang menyalahi keadaan normal.
Sejak itu orang-orang mumin
semakin menjauh darinya dan
menolak mengakui Dajjal sebagai
tuhan.
wa man qaala fid dun-ya yaraahu
bi ainihi fa dzaalika zindiiqun
thaghaa wa tamarrada. Siapapun
yg mengaku di dunia ini telah
melihat Tuhan dgn matanya, maka
dia telah menjadi zindiq, keluar
batas, dan jatuh ke dalam
kesesatan.
(Mundzir Nadzir: Fafirruu ila Allah:
hal.29 s/d hal 30). Maktabah
Muhammad bin Ahmad bin
Nabhaan wa Aulaaduhu. Surabaya,
Indonesia. 1956 M / 1375 H.
Tempat bermulanya fitnah Dajjal
Agaknya menarik perhatian sekali
bahawa menurut Hadits Tamim
Dari, Dajjal tinggal di sebuah
pulau yang letaknya di sebelah
Barat Syria, sedang tempat
munculnya dikatakan oleh Hadits
lain, berada di Timur. Lengkapnya,
Hadits itu maksudnya:
Tidak! Ia (Dajjal) akan muncul
disebelah Timur; tidak, ia akan
muncul di sebelah Timur; tidak, ia
akan muncul di sabelah
Timur (Kanzul-Ummal jilid VII,
halaman 2988).
Dan ada satu hadith lain yang
bermaksud;
Nabi Muhammad SAW menunjuk
hampir dua puluh kali ke arah
Timur (Kanzul-Ummal, jilid VIl,
halaman 2991 ).
Dalam sebuah Hadits yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim
mengatakan: Tidak ! Ia akan
muncul di Timur diikuti dengan
kalimat: Beliau menunjuk dengan
tangannya ke arah Timur. Jadi jika
di suatu Hadits dikatakan bahawa
tempat tinggal Dajjal ialah sebuah
pulau di Barat, tetapi di lain
Hadits diterangkan bahawa tempat
munculnya Dajjal, atau lebih tepat
lagi, tempat munculnya fitnah
Dajjal ialah di Timur.
Ini menunjukkan bahawa Dajjal
akan membahayakan bangsa-
bangsa di Timur. Adapun
kenyataan yang tak dapat dibantah
lagi, bahawa fitnahnya Dajjal tak
akan menimpa bangsanya sendiri,
bahkan mereka akan memperolehi
keuntungan dari hasil porak-
peranda di Timur. Jadi yang
dimaksud munculnya Dajjal di
Timur ialah merajalelanya fitnah
Dajjal di negara-negara Timur
dengan jalan memperbudakkan
penduduknya, baik secara jasmani
mahupun rohani, lahiriyah
mahupun batiniyah.
Menurut apa yang diterangkan
dalam Hadits, terang sekali bahawa
pada zaman Nabi, Dajjal itu sudah
ada, akan tetapi pada waktu itu
tangan dan kakinya dirantai. Inilah
gambaran yang sebenarnya bagi
bangsa-bangsa Eropah pada waktu
itu. Mereka mengurung diri dalam
tanah air mereka sendiri, lalu pada
suatu ketika, mereka mengalir ke
seluruh dunia untuk menakluki dan
menjajah negara-negara lain,
sehingga mereka benar-benar
menguasai, atau setidak-tidaknya
memaksakan pengaruhnya
terhadap negara-negara itu,
sehingga gerak-geri negara-negara
itu dipimpin dan diawasi oleh
bangsa-bangsa Eropa.
Itulah sebabnya mengapa di dalam
Hadits diterangkan bahawa Dajjal
mengaku Tuhan, kerana segala
sesuatu di dunia dikerjakan
menurut perintah Dajjal, seakan-
akan dialah yang menguasai dan
menentukan nasib bangsa-bangsa
lain. Inilah apa pula yang
dimaksud oleh Hadits lain yang
menerangkan bahawa Dajjal ialah
yang menentukan hidup-matinya
orang-orang. Dengan perkataan
lain, Dajjal akan meninggikan dan
merendahkan darjat bangsa-
bangsa lain menurut apa yang
dianggap sesuai dengan tujuannya.
Dalam Sahih Muslim ada sebuah
Hadits yang bermaksud: Sejak
terciptanya manusia hingga
datangnya Hari Kiamat, tak ada
fitnah lebih besar daripada
fitnahnya Dajjal (Misykat, hal.
472).
Kata-kata seperti itu, terdapat pula
dalam kitab Hadits yang lain.
Misalnya, dalam sebuah Hadits,
Nabi SAW diriwayatkan bersabda
sbb : Wahai manusia ! Semenjak
Allah menciptakan bani Adam, tak
ada fitnah di muka bumi yang
lebih besar dari pada fitnahnya
Dajjal (Kanzul-Ummal, jilid VII,
halaman 2028).
Hadits-hadits tersebut
membuktikan bahawa fitnahnya
Dajjal itu tiada lain ialah
merejalelanya Imperialis Eropah
(Amerika Syarikat dan sekutu-
sekutunya) sekarang ini dan
menangnya agama Nasrani.
Kenyataan menunjukkan bahawa
sejarah ummat manusia tak dapat
mempertunjukkan fitnah lain yang
besarnya seperti itu.
Memang dalam sejarah pernah
terjadi suatu bangsa menundukkan
bangsa lain dan menguasai aspek
kehidupan mereka, tetapi contoh
tentang penjajahan yang
menyeluruh seperti yang kita
saksikan sekarang ini berupa
merajalelanya imperialis dan
kebudayaan Eropah di seluruh
dunia, belum pernah terjadi.
Daratan dan lautan semuanya
dikuasai oleh imperialis Eropah.
Demikian pula kita tak dapat
menemukan persamaannya tentang
cara-cara kaum imperialis Barat
memperhambakan bangsa-bangsa
lain di dunia. Yang lebih istimewa
lagi ialah bahawa mereka memiliki
segala macam senjata yang dengan
senjata itu, orang ramai dapat
tersesat dari jalan benar dan jalan
kesucian. Di sebelah sini, mereka
menyesatkan orang ramai melalui
sistem pendidikan, dan di sebelah
sana, mereka mencapai tujuan
mereka melalui penyiaran agama;
kadang-kadang untuk mencapai
tujuan mereka, mereka
melumpuhkan jiwa manusia
dengan memberikan kepada
mereka kemewahan dan
kesenangan jasmani; dan kadang-
kadang diberikan kepada mereka
hiburan-hiburan yang dapat
melupakan rohani mereka sama
sekali.
Sering pula ilmu pengetahuan
mereka digunakan untuk
menghancurkan rohani ummat
manusia. Pendek kata, di seluruh
sejarah manusia, fitnahnya Dajjal
tak ada taranya, dan sabda Nabi
SAW bahawa tak ada fitnah yang
lebih besar daripada fitnahnya
Dajjal, ini terpenuhi berupa
merajalelanya kaum imperialis
Eropah, yang bukan saja
membahayakan aspek kehidupan
jasmani, melainkan pula
membahayakan aspek kehidupan
moral dan rohani.
Berikut adalah khutbah Rasulullah
S.a.w berkenaan Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau
berkata: Rasululah s.a.w telah
berkhutbah di hadapan kami.
Dalam khutbahnya itu Baginda
banyak menyentuh masalah Dajjal.
Baginda telah bersabda:
Sesungguhnya tidak ada fitnah
(kerosakan) di muka bumi yang
paling hebat selain daripada fitnah
yang dibawa oleh Dajjal. Setiap
Nabi yang diutus oleh Allah SWT
ada mengingatkan kaumnya
tentang Dajjal. Aku adalah nabi
yang terakhir sedangkan kamu
adalah umat yang terakhir. Dajjal
itu tidak mustahil datang pada
generasi (angkatan) kamu.
Seandainya dia datang sedangkan
aku masih ada di tengah-tengah
kamu, maka aku adalah sebagai
pembela bagi setiap mukmin.
Kalau dia datang sesudah
kematianku, maka setiap orang
menjaga dirinya. Dan sebenarnya
Allah SWT akan menjaga orang-
orang mukmin.
Dajjal itu akan datang nanti dari
satu tempat antara Syam dan Iraq.
Dan mempengaruhi manusia
dengan begitu cepat sekali. Wahai
hamba Allah, wahai manusia,
tetaplah kamu. Di sini akan saya
terangkan kepada kamu ciri-ciri
Dajjal, yang belum diterangkan
oleh nabi-nabi sebelumku kepada
umatnya.
Pada mulanya nanti Dajjal itu
mengaku dirinya sebagai nabi.
Ingatlah, tidak ada lagi nabi
sesudah aku. Setelah itu nanti dia
mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah
bahawa Tuhan yang benar tidak
mungkin kamu lihat sebelum kamu
mati. Dajjal itu cacat matanya
sedangkan Allah SWT tidak cacat,
bahkan tidak sama dengan baharu.
Dan juga di antara dua mata Dajjal
itu tertulis KAFIR, yang dapat
dibaca oleh setiap mukmin yang
pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia
membawa syurga dan neraka.
Nerakanya itu sebenarnya
syurganya sedangkan syurganya itu
neraka, yakni panas. Sesiapa di
antara kamu yang disiksanya
dengan nerakanya, hendaklah dia
meminta pertolongan kepada Allah
berkenaan asal usul Dajjal dan
hanya Allah Yang Maha
Mengetahui segala sesuatu. Kita
hanya mampu berikhtiar untuk
mempelajari dan mendalami segala
ilmu yang baik di dunia ini. Ada
orang mengatakan tidak ada
gunanya kita cuba untuk
mengetahui perihal Dajjal ini,
tetapi mereka tidak sedar betapa
nabi telah bersabda yang
mafhumnya , Sejak terciptanya
manusia hingga datangnya Hari
Kiamat, tak ada fitnah lebih besar
daripada fitnahnya Dajjal (Misykat,
hal. 472). HR Muslim . Bermakna
ianya adalah suatu perkara
TERBESAR yang sepatutnya diambil
berat dan diperhatikan oleh semua
pihak, terutama umat Islam.
Semoga kita sentiasa berhati-hati
dengan fitnah Dajjal kerana ianya
mungkin sudah lama bermula dan
semakin parah.
Asal-Usul Keluarganya
Dajjal adalah seorang manusia dari
keturunan Yahudi. Dia bukan Jin
atau apa jua makhluk lain selain ia
sebagai manusia yg ditangguhkan
ajalnya Minal Munzharin seperti
halnya Nabi Isa as yg di angkat
oleh Allah swt ke atas langit dan
ditangguhkan kematiannya
sehingga beliau nantinya turun
semula ke atas muka bumi ini lalu
beliau akan mati dan di kuburkan
di Madinah AlMunawwarah. Sama
juga halnya dgn Nabi Khidhir, para
malaikat dan Iblis yg di
tangguhkan kematian sehingga
kiamat nanti.
Ayahnya seorang yg tinggi dan
gemuk. Hidungnya seperti Paruh
burung (kebiasaannya orang
Yahudi memang berhidung
sebegini). Sedangkan Ibunya pula
seorang perempuan gemuk dan
banyak dagingnya. Menurut Imam
Al Barzanji ada pendapat
mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialah seorang
Dukun Yahudi yg di kenali dgn
syaqq manakala ibunya adalah
dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman
Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai
hubungan dengan makhluk halus.
Lalu oleh Nabi Sulaiman ia
akhirnya ditangkap dan
dimasukkan ke dalam penjara.
Walau bagaimanapun kelahiran
dan kehidupan masa kecil tidak
diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Dajjal ialah orang yang buta
sebelah matanya iaitu sebelah kiri,
lebat (panjang) rambutnya serta
dia mempunyai Syurga dan Neraka.
Nerakanya itu merupakan Syurga
dan Syurganya pula ialah Neraka
(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal
yg disebutkan dalam Hadis
Rasulullah S.a.w, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih
muda, berbadan besar dan agak
kemerah-merahan, rambutnya
kerinting dan tebal. Kelihatan dari
belakang seolah-olah dahan kayu
yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara
sekali ada dua;
Pertama: Buta mata kirinya dan
kelihatan seperti buah kismis yg
kecut, manakala mata kanannya
tertonjol keluar kehijau-hijauan
berkelip-kelip laksana bintang. Jadi
kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan
Kafir (Kaf-Fa-Ra). Tulisan ini
dapat dibaca oleh setiap org Islam,
sama ada ia pandai membaca atau
tidak. Mengikut hadis riwayat At-
Thabrani, kedua-dua tanda ini
menjelma dalam diri Dajjal setelah
ia mengaku sebagai Tuhan.
Adapun sebelum itu, kedua-dua
tanda yang terakhir ini belum ada
pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg
disebutkan dalam kitab Shahih
Muslim, bahawa Dajjal itu sudah
wujud sejak beberapa lama. Ia
dirantai di sebuah pulau dan
ditunggu oleh seekor binatang yg
bernama Al-Jassasah. Terdapat
hadis panjang mengenainya.
Daripada Hadis ini jelaslah bagi
kita bahawa Dajjal itu telah ada
dan ia menunggu masa yg
diizinkan oleh Allah swt utk keluar
menjelajah permukaan bumi ini
dan tempat transitnya itu ialah
di sebelah Timur bukan di Barat.
Ada pendapat mengatakan
sekarang Dajjal tinggal di kerajaan
iblis dan jin di Segitiga Bermuda
dan selalu keluar dengan menaiki
kenderaan piring terbang yang
dikenali umum sebagai UFO dan
sentiasa berurusan dengan
pemimpin-pemimpin besar dunia.
Akhir-akhir ini, pernah juga
kelihatan piring-piring terbang UFO
ini muncul di bandar Vatican
(pusat Katolik dunia), Rome, Italy.
Berapa lama ia akan hidup setelah
kemunculannya
Dajjal akan hidup setelah ia
memulakan cabarannya kepada
umat ini, selama empat puluh hari
sahaja. Namun begitu, hari
pertamanya adalah sama dgn
setahun dan hari kedua sama
dengan sebulan dan ketiga sama
dengan satu minggu dan hari-hari
baki lagi sama seperti hari-hari
biasa. Jadi keseluruhan masa
Dajjal membuat fitnah dan
kerosakan itu ialah 14 bulan dan
14 hari. Dalam Hadis riwayat
Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: Wahai Rasulullah!
Berapa lamakah ia akan tinggal di
muka bumi ini? Nabi saw,
menjawab: Ia akan tinggal selama
empat puluh hari. Hari yg pertama
seperti setahun dan hari
berikutnya seperti sebulan dan
hari ketiga seperti seminggu.
Kemudian hari yg masih tinggal
lagi (iaitu 37 hari) adalah sama
seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai
Rasulullah saw! Di hari yg panjang
seperti setahun itu, apakah cukup
bagi kami hanya sembahyang
sehari sahaja (iaitu 5 waktu
sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak
cukup. Kamu mesti mengira hari
itu dgn menentukan kadar yg
bersesuaian bagi setiap
sembahyang..
Maksud sabda Rasulullah S.a. w,
ini ialah supaya kita mengira jam
yg berlalu pada hari itu. Bukan
mengikut perjalanan matahari
seperti biasanya kita lakukan.
Misalnya sudah berlalu tujuh jam
selepas sembahyang Subuh pada
hari itu maka masuklah waktu
sembahyang Zohor, maka
hendaklah kita sembahyang Zohor,
dan apabila ia telah berlalu
selepas sembahyang Zohor itu tiga
jam setengah misalnya, maka
masuklah waktu Asar, maka wajib
kita sembahyang Asar. Begitulah
seterusnya waktu Sembahyang
Maghrib, Isyak dan Subuh
seterusnya hingga habis hari yg
panjang itu sama panjangnya dgn
masa satu tahun dan bilangan
sembahyang pun pada sehari itu
sebanyak bilangan sembahyang
setahun yg kita lakukan. Begitu
juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh
Allah swt utk menguji umat ini.
Oleh kerana itu, Allah memberikan
kepadanya beberapa kemampuan
yg luar biasa. Di antara
kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan
ada bersama dengannya. Benda-
benda beku akan mematuhinya
Sebelum kedatangan Dajjal, dunia
Islam akan diuji dahulu oleh Allah
dgn kemarau panjang selama 3
tahun berturut-turut. Pada tahun
pertama hujan akan kurang
sepertiga dari biasa dan pada
tahun kedua akan kurang 2/3 dari
biasa dan tahun ketiga hujan tidak
akan turun langsung. Umat akan
dilanda kebuluran dan kekeringan.
Di saat itu Dajjal akan muncul
membawa ujian. Maka daerah
mana yg percaya Dajjal itu Tuhan,
ia akan berkata pada awan:
Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu
hujan pun turunlah dan bumi
menjadi subur. Begitu juga
ekonomi, perdagangan akan
menjadi makmur dan stabil pada
org yg bersekutu dgn Dajjal.
Manakala penduduk yg tidak mahu
bersukutu dgn Dajjal, mereka akan
tetap berada dlm kebuluran dan
kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong
Dajjal akan memiliki segunung roti
(makanan) sedangkan org yg tidak
percaya dengannya berada dalam
kelaparan dan kebuluran. Dalam
hal ini, para sahabat Rasullullah
s.a.w. bertanya:Jadi apa yg
dimakan oleh org Islam yg beriman
pada hari itu wahai Rasulullah?
Nabi menjawab: Mereka akan
merasa kenyang dengan bertahlil,
bertakbir, bertasbih dan bertaubat.
Jadi zikir-zikir itu yang akan
menggantikan makanan. HR Ibnu
Majjah
2. Ada bersamanya seumpamanya
Syurga dan Neraka Di antara
ujian Dajjal ialah kelihatan
bersama dengannya seumpama
syurga dan neraka dan juga sungai
air dan sungai api. Dajjal akan
menggunakan kedua-duanya ini
untuk menguji iman org Islam
kerana hakikat yg benar adalah
sebalik dari apa yg kelihatan. Apa
yg dikatakan Syurga itu sebenarnya
Neraka dan apa yg dikatakannya
Neraka itu adalah Syurga.
Secara analoginya kita lihat
sekarang, syurga dunia seperti
maksiat dan hiburan tanpa batasan
adalah ibarat syurga. Dan mereka
yang terpengaruh dengannya akan
berseronok dan puas dengan
hiburan-hiburan tersebut seperti
hidup di dalam syurga. Juga
keluarnya bermacam alat alat
canggih seperti komputer,
handphone, mp3 player, video
player dan camam2 lagi.
Menunjukkan semua ini ibarat
syurga dunia, yang sebenarnya
adalah jalan ke neraka jika kita
terlampau leka dan terpesona
dengannya.
Dan kehidupan yang tidak
bermewah, tidak berhibur dan
berseronok adalah ibarat berada
dalam neraka dunia sekarang.
Sehinggakan mereka yang sudah
biasa berseronok akan merasa
boring dan tidak puas hati jika
tidak dapat berhibur, berseronok
dan menikmati kemewahan
duniawi. Sedangkan kehidupan
yang seperti neraka dunia itu lah
yang boleh membuka jalan ke
syurga iaitu kehidupan yang serba
sederhana, qanaah dan zuhud
dengan dunia.
3. Kepantasan perjalanan dan
Negeri-Negeri yang tidak dapat
dimasukinya Kepantasan yg
dimaksudkan ini tidak ada pada
kenderaan orang dahulu. Kalau
hari ini maka bolehlah kita
mengatakan kepantasan itu seperti
kepantasan jet-jet tempur yg
digunakan oleh tentera udara atau
lebih pantas lagi daripada
kenderaan tersebut sehinggakan
beribu-ribu kilometer dapat
ditempuh dalam satu jam Kami
bertanya: Wahai Rasulullah!
Bagaimana kepantasan
perjalanannya di atas muka bumi
ini? Nabi menjawab: Kepantasan
perjalanannya adalah seperti
kepantasan Al Ghaist (hujan atau
awan) yang dipukul oleh angin
yang kencang. HR Muslim
Dan ada lagi kenderaan yang lebih
pantas dari jet, yang dapat
bergerak sepantas cahaya iaitu
piring terbang. Mengikut gambar-
gambar yang dapat dirakam oleh
NASA dan bukti-bukti dari banyak
pihak, memang mereka dapat
bergerak selaju cahaya dan
menghilang dengan sekelip mata.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak
dapat memasuki dua Bandar suci
umat Islam iaitu Makkah Al
Mukarramah dan Madinah Al
Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk
memperkukuhkan kedudukannya
Syaitan juga akan bertungkus-
lumus membantu Dajjal. Bagi
syaitan, inilah masa yg terbaik utk
menyesatkan lebih ramai lagi anak
cucu Adam a.s.
Syaitan-syaitan dari jin dan juga
manusia akan berusaha
membantunya, kerana mereka
ingin mewujudkan satu
pemerintahan di muka bumi ini.
Iaitu pemerintahan sebuah
kerajaan yang akan diperintah oleh
Lucifer (IBLIS). Dan gerakan yang
mewakili syaitan-syaitan dari
kalangan manusia ini dikenali
sebagai gerakan Illuminati yang
pecahan-pecahannya terdiri dari
banyak kumpulan seperti Skull and
Bones, Freemasons, Bohemian
Grove, The Bilderberg Group, The
Trilateral Commission, The Council
on Foreign Relations dan beberapa
lagi pertubuhan-pertubuhan
rahsia.
Dajjal Akan Muncul dari Khurasan,
Iran
Di akhir zaman Dajjal akan muncul
dari Khurasan di Iran (tempat asal
Dajjal). Ketika baru keluar/terlepas
dari belenggunya tinggi Dajjal
hanyalah sepuluh dzira. Pada
mulanya tingkah laku Dajjal
layaknya tingkah laku orang-orang
saleh, iaitu menyeru kepada
kebajikan, hingga kerana itu
banyak orang yang terkagum-kagum
kepada akhlaknya.
Tapi lama kelamaan Dajjal pun
mengaku sebagai Nabi. Maka
mendengar pengakuan itu orang-
orang yang beriman kepada Allah
pun berpaling darinya, sebab kaum
yg beriman mengetahui benar
bahawa sesudah Nabi Muhammad
saw tak akan pernah lagi Allah
mengutus seorang nabi baru.
Akhirnya, ketika perjalanan Dajjal
sampai ke Khillah, iaitu sebuah
jalan yg terletak antara Iraq dan
Syam, dia pun menggembar-
gemburkan kiri kanan menyatakan
bahawa dirinya adalah tuhan yang
dapat menghidupkan dan
mematikan, ditambah lagi dengan
menunjukkan kemampuannya
mengadakan kejadian-kejadian
yang menyalahi keadaan normal.
Sejak itu orang-orang mumin
semakin menjauh darinya dan
menolak mengakui Dajjal sebagai
tuhan.
wa man qaala fid dun-ya yaraahu
bi ainihi fa dzaalika zindiiqun
thaghaa wa tamarrada. Siapapun
yg mengaku di dunia ini telah
melihat Tuhan dgn matanya, maka
dia telah menjadi zindiq, keluar
batas, dan jatuh ke dalam
kesesatan.
(Mundzir Nadzir: Fafirruu ila Allah:
hal.29 s/d hal 30). Maktabah
Muhammad bin Ahmad bin
Nabhaan wa Aulaaduhu. Surabaya,
Indonesia. 1956 M / 1375 H.
Tempat bermulanya fitnah Dajjal
Agaknya menarik perhatian sekali
bahawa menurut Hadits Tamim
Dari, Dajjal tinggal di sebuah
pulau yang letaknya di sebelah
Barat Syria, sedang tempat
munculnya dikatakan oleh Hadits
lain, berada di Timur. Lengkapnya,
Hadits itu maksudnya:
Tidak! Ia (Dajjal) akan muncul
disebelah Timur; tidak, ia akan
muncul di sebelah Timur; tidak, ia
akan muncul di sabelah
Timur (Kanzul-Ummal jilid VII,
halaman 2988).
Dan ada satu hadith lain yang
bermaksud;
Nabi Muhammad SAW menunjuk
hampir dua puluh kali ke arah
Timur (Kanzul-Ummal, jilid VIl,
halaman 2991 ).
Dalam sebuah Hadits yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim
mengatakan: Tidak ! Ia akan
muncul di Timur diikuti dengan
kalimat: Beliau menunjuk dengan
tangannya ke arah Timur. Jadi jika
di suatu Hadits dikatakan bahawa
tempat tinggal Dajjal ialah sebuah
pulau di Barat, tetapi di lain
Hadits diterangkan bahawa tempat
munculnya Dajjal, atau lebih tepat
lagi, tempat munculnya fitnah
Dajjal ialah di Timur.
Ini menunjukkan bahawa Dajjal
akan membahayakan bangsa-
bangsa di Timur. Adapun
kenyataan yang tak dapat dibantah
lagi, bahawa fitnahnya Dajjal tak
akan menimpa bangsanya sendiri,
bahkan mereka akan memperolehi
keuntungan dari hasil porak-
peranda di Timur. Jadi yang
dimaksud munculnya Dajjal di
Timur ialah merajalelanya fitnah
Dajjal di negara-negara Timur
dengan jalan memperbudakkan
penduduknya, baik secara jasmani
mahupun rohani, lahiriyah
mahupun batiniyah.
Menurut apa yang diterangkan
dalam Hadits, terang sekali bahawa
pada zaman Nabi, Dajjal itu sudah
ada, akan tetapi pada waktu itu
tangan dan kakinya dirantai. Inilah
gambaran yang sebenarnya bagi
bangsa-bangsa Eropah pada waktu
itu. Mereka mengurung diri dalam
tanah air mereka sendiri, lalu pada
suatu ketika, mereka mengalir ke
seluruh dunia untuk menakluki dan
menjajah negara-negara lain,
sehingga mereka benar-benar
menguasai, atau setidak-tidaknya
memaksakan pengaruhnya
terhadap negara-negara itu,
sehingga gerak-geri negara-negara
itu dipimpin dan diawasi oleh
bangsa-bangsa Eropa.
Itulah sebabnya mengapa di dalam
Hadits diterangkan bahawa Dajjal
mengaku Tuhan, kerana segala
sesuatu di dunia dikerjakan
menurut perintah Dajjal, seakan-
akan dialah yang menguasai dan
menentukan nasib bangsa-bangsa
lain. Inilah apa pula yang
dimaksud oleh Hadits lain yang
menerangkan bahawa Dajjal ialah
yang menentukan hidup-matinya
orang-orang. Dengan perkataan
lain, Dajjal akan meninggikan dan
merendahkan darjat bangsa-
bangsa lain menurut apa yang
dianggap sesuai dengan tujuannya.
Dalam Sahih Muslim ada sebuah
Hadits yang bermaksud: Sejak
terciptanya manusia hingga
datangnya Hari Kiamat, tak ada
fitnah lebih besar daripada
fitnahnya Dajjal (Misykat, hal.
472).
Kata-kata seperti itu, terdapat pula
dalam kitab Hadits yang lain.
Misalnya, dalam sebuah Hadits,
Nabi SAW diriwayatkan bersabda
sbb : Wahai manusia ! Semenjak
Allah menciptakan bani Adam, tak
ada fitnah di muka bumi yang
lebih besar dari pada fitnahnya
Dajjal (Kanzul-Ummal, jilid VII,
halaman 2028).
Hadits-hadits tersebut
membuktikan bahawa fitnahnya
Dajjal itu tiada lain ialah
merejalelanya Imperialis Eropah
(Amerika Syarikat dan sekutu-
sekutunya) sekarang ini dan
menangnya agama Nasrani.
Kenyataan menunjukkan bahawa
sejarah ummat manusia tak dapat
mempertunjukkan fitnah lain yang
besarnya seperti itu.
Memang dalam sejarah pernah
terjadi suatu bangsa menundukkan
bangsa lain dan menguasai aspek
kehidupan mereka, tetapi contoh
tentang penjajahan yang
menyeluruh seperti yang kita
saksikan sekarang ini berupa
merajalelanya imperialis dan
kebudayaan Eropah di seluruh
dunia, belum pernah terjadi.
Daratan dan lautan semuanya
dikuasai oleh imperialis Eropah.
Demikian pula kita tak dapat
menemukan persamaannya tentang
cara-cara kaum imperialis Barat
memperhambakan bangsa-bangsa
lain di dunia. Yang lebih istimewa
lagi ialah bahawa mereka memiliki
segala macam senjata yang dengan
senjata itu, orang ramai dapat
tersesat dari jalan benar dan jalan
kesucian. Di sebelah sini, mereka
menyesatkan orang ramai melalui
sistem pendidikan, dan di sebelah
sana, mereka mencapai tujuan
mereka melalui penyiaran agama;
kadang-kadang untuk mencapai
tujuan mereka, mereka
melumpuhkan jiwa manusia
dengan memberikan kepada
mereka kemewahan dan
kesenangan jasmani; dan kadang-
kadang diberikan kepada mereka
hiburan-hiburan yang dapat
melupakan rohani mereka sama
sekali.
Sering pula ilmu pengetahuan
mereka digunakan untuk
menghancurkan rohani ummat
manusia. Pendek kata, di seluruh
sejarah manusia, fitnahnya Dajjal
tak ada taranya, dan sabda Nabi
SAW bahawa tak ada fitnah yang
lebih besar daripada fitnahnya
Dajjal, ini terpenuhi berupa
merajalelanya kaum imperialis
Eropah, yang bukan saja
membahayakan aspek kehidupan
jasmani, melainkan pula
membahayakan aspek kehidupan
moral dan rohani.
Berikut adalah khutbah Rasulullah
S.a.w berkenaan Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau
berkata: Rasululah s.a.w telah
berkhutbah di hadapan kami.
Dalam khutbahnya itu Baginda
banyak menyentuh masalah Dajjal.
Baginda telah bersabda:
Sesungguhnya tidak ada fitnah
(kerosakan) di muka bumi yang
paling hebat selain daripada fitnah
yang dibawa oleh Dajjal. Setiap
Nabi yang diutus oleh Allah SWT
ada mengingatkan kaumnya
tentang Dajjal. Aku adalah nabi
yang terakhir sedangkan kamu
adalah umat yang terakhir. Dajjal
itu tidak mustahil datang pada
generasi (angkatan) kamu.
Seandainya dia datang sedangkan
aku masih ada di tengah-tengah
kamu, maka aku adalah sebagai
pembela bagi setiap mukmin.
Kalau dia datang sesudah
kematianku, maka setiap orang
menjaga dirinya. Dan sebenarnya
Allah SWT akan menjaga orang-
orang mukmin.
Dajjal itu akan datang nanti dari
satu tempat antara Syam dan Iraq.
Dan mempengaruhi manusia
dengan begitu cepat sekali. Wahai
hamba Allah, wahai manusia,
tetaplah kamu. Di sini akan saya
terangkan kepada kamu ciri-ciri
Dajjal, yang belum diterangkan
oleh nabi-nabi sebelumku kepada
umatnya.
Pada mulanya nanti Dajjal itu
mengaku dirinya sebagai nabi.
Ingatlah, tidak ada lagi nabi
sesudah aku. Setelah itu nanti dia
mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah
bahawa Tuhan yang benar tidak
mungkin kamu lihat sebelum kamu
mati. Dajjal itu cacat matanya
sedangkan Allah SWT tidak cacat,
bahkan tidak sama dengan baharu.
Dan juga di antara dua mata Dajjal
itu tertulis KAFIR, yang dapat
dibaca oleh setiap mukmin yang
pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia
membawa syurga dan neraka.
Nerakanya itu sebenarnya
syurganya sedangkan syurganya itu
neraka, yakni panas. Sesiapa di
antara kamu yang disiksanya
dengan nerakanya, hendaklah dia
meminta pertolongan kepada Allah